Ketika berurusan di satu kaunter pejabat kerajaan,saya diminta tunggu sekejap oleh seorang kerani kerana pegawai yg saya nak berurusan sedang solat dhuha.Saya lihat jam baru 9 pagi.Pejabat kerajaan waktu rehat 10 pagi.Sepatutnya pegawai ini bersolat dhuha waktu rehat yg diperuntukan ,bukan mencuri waktu bekerja.Waktu bekerja itu wajib ditempat kerja kerana kita dibayar,sedangkan solat dhuha itu sunat sahaja walau ganjarannya besar.Kita tidak boleh memandai mengubah peraturan yg ditetapkan, kerana itu hak majikan.Saya nak sentuh isu yg mana patut didahulukan,diutamakan diberi prioriti.
Seorang bilal saya lihat tiap hari bersolat dimasjid dan mengajar,tetapi jarang sekali melaung azan.Azan dibiar kpd bilal yg seorang lagi atau mana mana jemaah yg boleh melaung azan.Bilal adalah lantikan,dibayar saguhati dan tugas utama melaung azan, bukan mengajar,bukan menjadi imam walaupun mereka boleh berbuat demikian.Tugas laung azan wajib,yg lain sampingan shj utk dirinya.Seorang jaga wajib menjaga keselamatan,bukan dok sibuk tanam pokok bunga hingga terabai tugas utama.Seorang guru kena buat tugas guru,tak boleh ambil masa walau tiada waktu masuk kelas, nak jual tudung,garam belacan,kuih raya dsbnya dlm bilik guru,kecuali lepas waktu sekolah.
Ada orang rajin solat sunat,tetapi dia pernah meninggalkan solat waktu lepas baligh dulu.Dari segi hukum wajib dia qadha semua solat yg tertinggal,baru buat solat sunat.Bagai anapun ada yg mengatakan buat qadha sambil tu buat juga sunat,mungkin pandangan yg lebih sederhana.Apa pun jangan berhenti mengqadha solat hingga habis,ibarat membayar hutang,sedangkan kita mampu solat sunat.😦abdghaniharon😦
Ramai yg menyimpan duit untuk beli harta,melabur untuk untung,nak sedia belanja untuk melancong,dan berbagai alasan.Tetapi sedarkah mereka bahawa setiap kita yg mengaku muslim, menjadi wajib menunai haji,bahkan ia rukun melengkapkan keislaman kita.Maka wajib kita berusaha menabung untuk menunai rukun,melebihi dari semua tujuan menabung.Walaupun haji boleh ditangguh dg alasan yg dibenarkan oleh agama,tetapi nabi menyebut sesiapa yg mati sebelum dia mengerja haji,pada hal dia mampu,maka kematiannya tercela.Tentu lebih teruk jika dia boleh melancong ke negara lain,boleh beli harta puluh dan ratus ribu,tetapi haji tak juga pergi.Dahulukan haji walau terpaksa guna pakej yg mahal jika kita mampu,itu lebih baik.
Banyak lagi contoh betapa kita kadang terkeliru mana patut didulukan.Ada orang beri sedekah tetapi tidak bayar zakat pendapatan,barang emas dsbnya.Ada orang bantu anak yatim,miskin luar negara,tapi anak yatim dan miskin dalam qariah sendiri pun dia tahu,tak kenali apa lagi nak dibantu.Yg akan ditanya diakhirat nanti adalah hal anak yatim dan miskin yg berjiran dg kita,seqariah dg kita.Ada orang lebih patuh undang-undang trafik,majlis bandaran lebih lagi dari patuh hukum Allah,larangan Allah,sedangkan balasan melanggar larangan Allah itu lebih berat siksanya.Nabi pesan makan bila lapar,berhenti sebelum kenyang,memang nabi tak kata wajib tetapi sebagai umat kita kena patuh,kena ikut sunnah.Sebaliknya kita makan ikut masa,ikut suka,ikut selera,ikut nafsu.Ada orang solat tahajjud,solat tasbih dan berbagai lagi dlm qiyamullail,tetapi akhirnya bila solat subuh,separuh mengantuk,penuh lalai.Solat sunat 1000 rakaat sekalipun takkan menyamai solat subuh 2 rakaat yg dituntut ditunai secara baik,bukan lalai dan mengantuk.Allah menyebut celakalah orang yg mendirikan solat,tetapi lalai dlm solatnya.
Tak larat nak tulis,banyak lagi perkara yg kita tersilap dlm memilih yg mana patut didahulukan, diberi prioriti.Renungkanlah,saya tidak mahu berbalah,berhujah,kalau ada pun simpanlah.Saya menulis pada kadar ilmu yg ada shj,kadar mencetus pemikiran.Pembaca sendiri mungkin ada ilmu lebih tinggi dari saya,timbangkanlah supaya kita dilandasan yang betul.abdghaniharon
(Artikel ini dipindah tulis daripada facebook Cikgu Abd Ghani Haron)
No comments:
Post a Comment