Saturday, 16 January 2016

MANA YANG PATUT DIUTAMAKAN

Ketika berurusan di satu kaunter pejabat kerajaan,saya diminta tunggu sekejap oleh seorang kerani kerana pegawai yg saya nak berurusan sedang solat dhuha.Saya lihat jam baru 9 pagi.Pejabat kerajaan waktu rehat 10 pagi.Sepatutnya pegawai ini bersolat dhuha waktu rehat yg diperuntukan ,bukan mencuri waktu bekerja.Waktu bekerja itu wajib ditempat kerja kerana kita dibayar,sedangkan solat dhuha itu sunat sahaja walau ganjarannya besar.Kita tidak boleh memandai mengubah peraturan yg ditetapkan, kerana itu hak majikan.Saya nak sentuh isu yg mana patut didahulukan,diutamakan diberi prioriti.

Seorang bilal saya lihat tiap hari bersolat dimasjid dan mengajar,tetapi jarang sekali melaung azan.Azan dibiar kpd bilal yg seorang lagi atau mana mana jemaah yg boleh melaung azan.Bilal adalah lantikan,dibayar saguhati dan tugas utama melaung azan, bukan mengajar,bukan menjadi imam walaupun mereka boleh berbuat demikian.Tugas laung azan wajib,yg lain sampingan shj utk dirinya.Seorang jaga wajib menjaga keselamatan,bukan dok sibuk tanam pokok bunga hingga terabai tugas utama.Seorang guru kena buat tugas guru,tak boleh ambil masa walau tiada waktu masuk kelas, nak jual tudung,garam belacan,kuih raya dsbnya dlm bilik guru,kecuali lepas waktu sekolah.

Ada orang rajin solat sunat,tetapi dia pernah meninggalkan solat waktu lepas baligh dulu.Dari segi hukum wajib dia qadha semua solat yg tertinggal,baru buat solat sunat.Bagai anapun ada yg mengatakan buat qadha sambil tu buat juga sunat,mungkin pandangan yg lebih sederhana.Apa pun jangan berhenti mengqadha solat hingga habis,ibarat membayar hutang,sedangkan kita mampu solat sunat.😦abdghaniharon😦

Ramai yg menyimpan duit untuk beli harta,melabur untuk untung,nak sedia belanja untuk melancong,dan berbagai alasan.Tetapi sedarkah mereka bahawa setiap kita yg mengaku muslim, menjadi wajib menunai haji,bahkan ia rukun melengkapkan keislaman kita.Maka wajib kita berusaha menabung untuk menunai rukun,melebihi dari semua tujuan menabung.Walaupun haji boleh ditangguh dg alasan yg dibenarkan oleh agama,tetapi nabi menyebut sesiapa yg mati sebelum dia mengerja haji,pada hal dia mampu,maka kematiannya tercela.Tentu lebih teruk jika dia boleh melancong ke negara lain,boleh beli harta puluh dan ratus ribu,tetapi haji tak juga pergi.Dahulukan haji walau terpaksa guna pakej yg mahal jika kita mampu,itu lebih baik.

Banyak lagi contoh betapa kita kadang terkeliru mana patut didulukan.Ada orang beri sedekah tetapi tidak bayar zakat pendapatan,barang emas dsbnya.Ada orang bantu anak yatim,miskin luar negara,tapi anak yatim dan miskin dalam qariah sendiri pun dia tahu,tak kenali apa lagi nak dibantu.Yg akan ditanya diakhirat nanti adalah hal anak yatim dan miskin yg berjiran dg kita,seqariah dg kita.Ada orang lebih patuh undang-undang trafik,majlis bandaran lebih lagi dari patuh hukum Allah,larangan Allah,sedangkan balasan melanggar larangan Allah itu lebih berat siksanya.Nabi pesan makan bila lapar,berhenti sebelum kenyang,memang nabi tak kata wajib tetapi sebagai umat kita kena patuh,kena ikut sunnah.Sebaliknya kita makan ikut masa,ikut suka,ikut selera,ikut nafsu.Ada orang solat tahajjud,solat tasbih dan berbagai lagi dlm qiyamullail,tetapi akhirnya bila solat subuh,separuh mengantuk,penuh lalai.Solat sunat 1000 rakaat sekalipun takkan menyamai solat subuh 2 rakaat yg dituntut ditunai secara baik,bukan lalai dan mengantuk.Allah menyebut celakalah orang yg mendirikan solat,tetapi lalai dlm solatnya.

Tak larat nak tulis,banyak lagi perkara yg kita tersilap dlm memilih yg mana patut didahulukan, diberi prioriti.Renungkanlah,saya tidak mahu berbalah,berhujah,kalau ada pun simpanlah.Saya menulis pada kadar ilmu yg ada shj,kadar mencetus pemikiran.Pembaca sendiri mungkin ada ilmu lebih tinggi dari saya,timbangkanlah supaya kita dilandasan yang betul.abdghaniharon

(Artikel ini dipindah tulis daripada facebook Cikgu Abd Ghani Haron)

Friday, 10 April 2015

TERLALU SIBUK DENGAN DUNIA

Sibuk kejar kehidupan?
Kerja sepenuh masa. Rindu orang itu, orang ini. Cemburu orang itu dengan orang ini.

Lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi keje. Tak risau sangat solat lambat. Balik rumah dah lewat, solat asar ke mana, solat maghrib ke mana.

Perut lapar, cari makanan. Duit takde, pergi bank. Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al Quran tak bersentuh, masjid tak jejak.

Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu tweet,
"Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat."
Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata, "Benda dah selalu diingatkan.

"Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat."
Teruskan dengar pula lagu Mr Saxobeat, online lagi. Main game.
Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi dok pandang kita.

Terbangun solat subuh lewat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu.
Sambung dengar lagu Starships pula. Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali menyanyi.

Baca Al Quran? Ala nanti-nanti boleh.
Malaikat maut menjengah lagi.
Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online ni. Tengok jam. Awal lagi. Teruskan online dulu, lagi sepuluh minit solatlah. !! sepuluh minit, tengok jam, cipta alasan lain pula. Sampai dah tinggal lima minit waktu nak habis, baru pulun lari pergi wudhuk, nak solat. Itu Alhamdulillah solat. Yang terus tak solat sebab alasannya dah terlewat? Guane tu?

Malaikat maut ziarah lagi.
Nasib tak nampak je malaikat maut tu. Kalau nampak, confirm masing-masing tak ada masa nak buat benda lagha. Setiap masa pun nak buat baik je.

Sebelum tidur, belek-belek phone dulu. Wish goodnight kat boyfriend/girlfriend dulu.

"Biy, nanti kejut I bangun solat subuh eh? Goodnight sayang. I love you. Esok mesej lagi :*"
Baru nak tutup mata, nak tidur. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ah sudah. Siapa pulak nak kacau aku ni.
"Nak apa?"
Kasar intonasi. Bengang kononnya ada orang kacau waktu mengantuk macam ni.
"Nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan"
Tergamam.

Ah Macam mana ni. Aku belum sempat baca Quran. Aku dah lama tak solat taubat. Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal nak buat macam mana.
Mati mana boleh tangguh lagi. Aduh. *tepuk dahi*

Esok dah janji dengan kawan nak main futsal. Dah janji nak mesej awek. Esok kena hantar paper work, deadline. Macam mana ni.
Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik.
Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati. Kita lupa, malaikat maut itu sentiasa memerhati. Tunggu masa nak ambil nyawa.

Selama ni leka dengan dunia. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu bila-bila. Tapi.... semuanya dah terlambat.
Jadi, mulai dari sekarang.
Rancanglah kematian sebaik-baiknya. Nak mati dalam keadaan sudah bertaubat, atau nak mati dalam keadaan sibuk buat maksiat?
Jaga aurat wahai sahabat2ku... Tepuk dada, tanya iman.


(Kredit kepada penulis asal...)

Tuesday, 7 April 2015

TELUR MASIN

MAKANAN KITA ADA PERASA TAIK ITIK DAN AYAM


Semasa berunding untuk membeli telor masin dari sebuah syarikat pembuat telor masin yg besar milik orang Cina tetapi memiliki sjjil halal Jakim di Bagan Samak,Parit Buntar,Perak,saya bertanya taukenya mengapa setengah telor masin buatannya,isi telor nampak kemerahan dan cantik warnanya sedangkan ada telor masin kelihatan kehitaman (rujuk gambar yg saya sertakan).Jawabnya,"Telor itik sangat kotor sebab dia bertelor mana saja,atas dia punya taik.Itu sebab kita mau basuh dulu itu telor sebelum bikin telor masin.Ada orang bikin telor masin terus taruh garam,tarak basuh itu telur.Itu macam,taik sama garam sudah pelan-pelan masuk dlm telor.Itu pasai telur merah jadi itam,telor putih nampak kurang putih,nampak tak cantik."


Prinsip hukum alam yg diguna dlm pembuatan telor masin ialah proses resapan iaitu dari pekat kpd yg cair.Larutan air garam yg pekat akan meresap ke dalam telor.Jika telor tak dibasuh,air garam akan bercampur najis itik yg melekat ditelor dan meresap sama ke dlm telor menjadikan isi telor berubah warna.Apa hukumnya,fikir sendiri dg bandingan jika ikan gelama di peram dg garam tanpa buang isi perut,dihukumkan najis seluruhnya,maka telor yg diperam dg najis taik itik bercampur garam sama prinsipnya.


Jadi berhati-hatilah bila memilih telor masin.Sebaiknya cari yg ada sijil halal.Jakim,jika tidak pastikan pembuatnya membasuh telor dahulu atau lebih meyakinkan buat sendiri.Berhati-hatilah dlm memilih makanan dan apa yg nak dimasukkan ke perut.Jangan termakan telor masin perasa taik itik.


Begitulah juga telor patut dibasuh oleh mereka yg jual murtabak atau roti telor,kerana ayam bertelor menerusi saluran najis,kulit telor tetap bernajis,tangan si penebar roti penuh minyak ketika pegang telor dan selepas itu melenyek roti pula.Walau anda tak makan roti telor,tetapi tangan itu juga melenyek roti canai pada anda setelah membuat roti telor utk orang lain.Roti telor dan roti canai perasa taik ayam.Eeeeeeeeik.Saya tak makan roti canai,saya makan tosai terutama tosai masala.Dah berapa banyak kita makan taik ayam dan itik.Mereka yg jual roti telor dan murtabak,basuhlah telor,supaya ramai terselamat dari makan taik ayam.


Kredit kepada penulis asal (Salin&Tampal) : ABD GHANI HARON

Friday, 3 April 2015

SERAM kekal menyeramkan...

Panjang ceritanya, menyentuh sejarahnya, bicara dalam bicara. Takut jangan ikut, berani jangan lari. Lawan tetap lawan.

Wednesday, 25 March 2015

Wasiat buat Guru

13 WASIAT
Untuk PENJAWAT AWAM/SWASTA:

WASIAT PERTAMA 
Janganlah kamu mengambil cuti sakit sedangkan kamu tidak sakit. Kerana kamu telah menghimpun dua maksiat, yaitu berbohong dan makan wang gaji yang haram. Demi Allah kamu bersusah beserta taqwa dan takut kepada Allah swt lebih baik untukmu.

WASIAT KEDUA
Terimalah pelanggan2 mu kendali segala kekurangan yang ada pada mereka, kerana mereka bukanlah malaikat dan bukan pula syaitan. Tidak ada jalan untuk kamu lari dari membaikpulih apa-apa kekurangan atau kesalahan pada diri mereka, kerana kamu adalah perantara penyelesaian serta HARAPAN mereka.

WASIAT KETIGA  
Tunjukkanlah pengharga anmu terhadap umat dan gunapakaikan kelebihan dan kecekapan mu kpd mereka selaku penjawat yg baik agar kesan perkhidmatanmu lebih mendalam sampai kelubuk hati mereka.

WASIAT  KEEMPAT 
Ingatlah sesungguhnya ramai orang-orang yang memerlukan perhatian, disebabkan peri sikap mu, segala masalah mereka berhasil diselesaikan dengan baik, lancar dan mudah. 

WASIAT  KELIMA  
Perbaikkanlah layananmu terhadap orang2 yg memerlukan perkhidmatan dengan meninggalkanlah kesan yang baik kepada mereka. Berapa ramai daripada kalangan kamu mendapat do'a kebaikan yang  berterusan, meskipun sudah tiada lagi di dunia sini.

WASIAT KEENAM  
Setiap masa bertugas boleh dihubungkaitkan dengan didikan agama kita dengan mencari kaedah yang bersesuaian dlm menyelesaikan masalah umat. 

WASIAT KETUJUH 
Setiap detik yang kamu TERLAMBAT atau tinggalkan pekerjaan sebelum selesai masa tugasmu, itu adalah hak yang akan dituntut pada hari hisab kelak.

WASIAT KELAPAN  
Berapa ramai daripada kamu kerana memberi khidmat yang baik kepada umat, lantas dengan sebab itu mereka mendapat do'a yang ikhlas dan kebaikan yang berterusan. Ya Allah! tambahkan dan berkatilah kepada penjawat2 kami yang kuat, cerdas dan amanah.

WASIAT KESEMBILAN 
Di hadapanmu ada generasi yang jiwa mereka berkobar dengan kesedaran, cintakan ilmu dan semangat yang tinggi. Semoga semangatmu menyalakan hati dan cita-cita mereka yang akan membawa KEBAIKAN kepada umat.

WASIAT KESEPULUH 
Ingatlah sesungguhnya kamu punya anak-anak yang mereka belajar dengan para guru seperti kamu mengajar anak orang lain. Balasan untukmu sepadan dengan amal perbuatanmu.

WASIAT KESEBELAS
Ikhlaskanlah kerjamu kerana Allah. Bila kamu tidak mengharapkan upah daripada kerjamu, maka sesungguhnya semua jerih payahmu itu akan memberatkan timbangan amal KEBAIKANMU di akhirat nanti, in sha Allah.

WASIAT KEDUA BELAS
Pesanan ini merupakan hadiah BERHARGA kepada penjawat awam agar dapat jadi amalan untuk dapatkan kebaikan yang banyak.

WASIAT KETIGA BELAS
Sesungguhnya perintah Allah untuk kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya.

Semoga wasiat ini mendatangkan manfaat buat diri hamba juga buat sahabat pembaca yang budiman untuk lebih berkomitmen dan berkompiten dalam melaksanakan tugas sebagai orang yang bekerja..

Semoga kekhilafan dimasa lampau tidak kita ulangi dan moga - moga sahaja ianya diberi pengampunan oleh Allah swt..aamiiin

(Kredit kepada penulis asal artikel ini. Wallahu a'lam)

Kenangan Terindah

Kenangan terindah yang tak semua mereka yang dah masuk alam pekerjaan yang dapat rasa...; INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA...


"Di mana ada sengsara di situ ada kita..."

Tuesday, 24 March 2015

Sahabat

Kadang2... sahabat yang suka belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persahabatan melebihi duit...          

Kadang2.... sahabat yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.          

Kadang2... sahabat yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka.          

Kadang2... yang sukarela membantu kita, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang sahabat.          

Kadang... sahabat yang selalu SMS DAN WATTSAPP anda, bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka INGAT PADA ANDA.          

Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada...          

Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing...          

Satu hari anak2 kita akan jumpa gambar kita dan bertanya, "Siapa mereka semua tu?" Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata, "DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA."

(Kredit kepada penulis sebenar artikel ini)