Friday, 10 April 2015

TERLALU SIBUK DENGAN DUNIA

Sibuk kejar kehidupan?
Kerja sepenuh masa. Rindu orang itu, orang ini. Cemburu orang itu dengan orang ini.

Lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi keje. Tak risau sangat solat lambat. Balik rumah dah lewat, solat asar ke mana, solat maghrib ke mana.

Perut lapar, cari makanan. Duit takde, pergi bank. Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al Quran tak bersentuh, masjid tak jejak.

Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu tweet,
"Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat."
Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata, "Benda dah selalu diingatkan.

"Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat."
Teruskan dengar pula lagu Mr Saxobeat, online lagi. Main game.
Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi dok pandang kita.

Terbangun solat subuh lewat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu.
Sambung dengar lagu Starships pula. Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali menyanyi.

Baca Al Quran? Ala nanti-nanti boleh.
Malaikat maut menjengah lagi.
Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online ni. Tengok jam. Awal lagi. Teruskan online dulu, lagi sepuluh minit solatlah. !! sepuluh minit, tengok jam, cipta alasan lain pula. Sampai dah tinggal lima minit waktu nak habis, baru pulun lari pergi wudhuk, nak solat. Itu Alhamdulillah solat. Yang terus tak solat sebab alasannya dah terlewat? Guane tu?

Malaikat maut ziarah lagi.
Nasib tak nampak je malaikat maut tu. Kalau nampak, confirm masing-masing tak ada masa nak buat benda lagha. Setiap masa pun nak buat baik je.

Sebelum tidur, belek-belek phone dulu. Wish goodnight kat boyfriend/girlfriend dulu.

"Biy, nanti kejut I bangun solat subuh eh? Goodnight sayang. I love you. Esok mesej lagi :*"
Baru nak tutup mata, nak tidur. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ah sudah. Siapa pulak nak kacau aku ni.
"Nak apa?"
Kasar intonasi. Bengang kononnya ada orang kacau waktu mengantuk macam ni.
"Nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan"
Tergamam.

Ah Macam mana ni. Aku belum sempat baca Quran. Aku dah lama tak solat taubat. Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal nak buat macam mana.
Mati mana boleh tangguh lagi. Aduh. *tepuk dahi*

Esok dah janji dengan kawan nak main futsal. Dah janji nak mesej awek. Esok kena hantar paper work, deadline. Macam mana ni.
Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik.
Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati. Kita lupa, malaikat maut itu sentiasa memerhati. Tunggu masa nak ambil nyawa.

Selama ni leka dengan dunia. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu bila-bila. Tapi.... semuanya dah terlambat.
Jadi, mulai dari sekarang.
Rancanglah kematian sebaik-baiknya. Nak mati dalam keadaan sudah bertaubat, atau nak mati dalam keadaan sibuk buat maksiat?
Jaga aurat wahai sahabat2ku... Tepuk dada, tanya iman.


(Kredit kepada penulis asal...)

Tuesday, 7 April 2015

TELUR MASIN

MAKANAN KITA ADA PERASA TAIK ITIK DAN AYAM


Semasa berunding untuk membeli telor masin dari sebuah syarikat pembuat telor masin yg besar milik orang Cina tetapi memiliki sjjil halal Jakim di Bagan Samak,Parit Buntar,Perak,saya bertanya taukenya mengapa setengah telor masin buatannya,isi telor nampak kemerahan dan cantik warnanya sedangkan ada telor masin kelihatan kehitaman (rujuk gambar yg saya sertakan).Jawabnya,"Telor itik sangat kotor sebab dia bertelor mana saja,atas dia punya taik.Itu sebab kita mau basuh dulu itu telor sebelum bikin telor masin.Ada orang bikin telor masin terus taruh garam,tarak basuh itu telur.Itu macam,taik sama garam sudah pelan-pelan masuk dlm telor.Itu pasai telur merah jadi itam,telor putih nampak kurang putih,nampak tak cantik."


Prinsip hukum alam yg diguna dlm pembuatan telor masin ialah proses resapan iaitu dari pekat kpd yg cair.Larutan air garam yg pekat akan meresap ke dalam telor.Jika telor tak dibasuh,air garam akan bercampur najis itik yg melekat ditelor dan meresap sama ke dlm telor menjadikan isi telor berubah warna.Apa hukumnya,fikir sendiri dg bandingan jika ikan gelama di peram dg garam tanpa buang isi perut,dihukumkan najis seluruhnya,maka telor yg diperam dg najis taik itik bercampur garam sama prinsipnya.


Jadi berhati-hatilah bila memilih telor masin.Sebaiknya cari yg ada sijil halal.Jakim,jika tidak pastikan pembuatnya membasuh telor dahulu atau lebih meyakinkan buat sendiri.Berhati-hatilah dlm memilih makanan dan apa yg nak dimasukkan ke perut.Jangan termakan telor masin perasa taik itik.


Begitulah juga telor patut dibasuh oleh mereka yg jual murtabak atau roti telor,kerana ayam bertelor menerusi saluran najis,kulit telor tetap bernajis,tangan si penebar roti penuh minyak ketika pegang telor dan selepas itu melenyek roti pula.Walau anda tak makan roti telor,tetapi tangan itu juga melenyek roti canai pada anda setelah membuat roti telor utk orang lain.Roti telor dan roti canai perasa taik ayam.Eeeeeeeeik.Saya tak makan roti canai,saya makan tosai terutama tosai masala.Dah berapa banyak kita makan taik ayam dan itik.Mereka yg jual roti telor dan murtabak,basuhlah telor,supaya ramai terselamat dari makan taik ayam.


Kredit kepada penulis asal (Salin&Tampal) : ABD GHANI HARON

Friday, 3 April 2015

SERAM kekal menyeramkan...

Panjang ceritanya, menyentuh sejarahnya, bicara dalam bicara. Takut jangan ikut, berani jangan lari. Lawan tetap lawan.